Kursus Kenegaraan - Biro Tatanegara,Pontian Johor

7hB Ogos 2008-11 Ogos 2008 lalu aku dan beberapa kakitangan telah dipilih oleh pihak pentadbiran DBKL untuk menghadiri kursus kenegaraan biro tatanegara yang diwajibkan kepada semua kakitangan kerajaan yang telah mendapat jawatan tetap. Bagi 'mengesahkan jawatan' di dalam mana-mana badan kerajaan, kami diwajibkan menghadiri kursus ini..

Pengisian utama kursus ini adalah untuk mendedahkan para penjawat awam tentang sejarah negara Malaysia dan menanam sifat cintakan negara. Selain itu melalui kursus ini, mereka juga menekankan perjanjian yang dilakukan antara Tunku Abd Rahman dan wakil dari kaum Cina dan India iaitu Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan ketika mereka ingin memerdekakan tanah melayu ataupun dipanggil 'Kontrak Sosial'.Kursus ini memang patut sangat diadakan bagi membuka mata kaum-kaum yang lain mengenai latar belakang pembentukan malaysia terutama sekali kaum india dan cina.

Masa memula dapat panggilan kene gi BTN ni takut gak. Ye la orang dok cakap kursus BTN ni dok tocher peserta ala-ala tentera. Tapi bila dah hadiri kursus ni, ternyata semua tu meleset. Sebab modul kenegeraan ni lebih kepada pengetahuan tentang negara je dan program diadakan adalah sangat friendly dan enjoy.....;-)



Antara kakitangan DBKL yang menghadiri kursus BTN di Pontian, Johor (Bergambar di hadapan kem, Kompleks Usahawan)


Keadaan dalam Kompleks Usahawan, tempat akiviti dijalankan

Bergambar dengan ahli kumpulan ketika aktiviti KEMBARA

'Free style' sebagai kenangan bersama ahli kumpulan yang sesama kami berkenalan hanya dalam tempoh 3 hari

Alhamdullilah semuanya selamat

Tanggal 19 Julai 2008 adalah hari yang paling bersejarah bagi ku kerana akau telah menjadi seorang bapa..Isteriku selamat melahirkan seorang anak lelaki pada jam 10.45 malam di HUKM.Puteraku diberi nama Muhammad Khalif Irfan . Walaupun isteriku terpaksa melahirkan baby dengan menggunakan 'forceps' tapi alhamdullilah semuanya selamat.....AMIN ..

Muhammad Khalif Irfan nama diberi (hari kelahiran)


Nyenyak dibuai mimpi (umur 2 hari)

setelah 4 hari dilahirkan