Tanggal 26 November 2008, merupakan pengalaman baru buat aku...First time menjadi pegawai bertugas di parlimen semasa Dewan Rakyat bersidang..Sebelum ni penah masuk parlimen dah tapi masa tu Dato' Sri Zulhasnan panggil kat pejabat dia je untuk discuss soalan yang akan beliau jawab

Tapi kali ni berbeza sedikit sebab kali ni aku dan big bos dari jabatan-jabatan lain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kene 'stanby' di bilik pegawai bertugas untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak pembangkang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan..Satu pengalaman yang menarik yang tak dapat aku lupakan...Maklum la first time la katakan...Sok dah banyak kali sok biasa la agaknya......Keje Gomen la katakan...


Pas bertugas di dalam kawasan Parlimen
(bahagian hadapan)

Pas bertugas di dalam kawasan parlimen
(bahagian belakang)

Para pegawai menumpukan perhatian terhadap televisyen bagi mendengar soalan yang diajukan oleh pihak pembangkang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan


Keadaan di dalam bilik pegawai bertugas yang penuh dengan wakil dari jabatan-jabatan DBKL