Bertugas Di Parlimen

Tanggal 26 November 2008, merupakan pengalaman baru buat aku...First time menjadi pegawai bertugas di parlimen semasa Dewan Rakyat bersidang..Sebelum ni penah masuk parlimen dah tapi masa tu Dato' Sri Zulhasnan panggil kat pejabat dia je untuk discuss soalan yang akan beliau jawab

Tapi kali ni berbeza sedikit sebab kali ni aku dan big bos dari jabatan-jabatan lain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kene 'stanby' di bilik pegawai bertugas untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak pembangkang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan..Satu pengalaman yang menarik yang tak dapat aku lupakan...Maklum la first time la katakan...Sok dah banyak kali sok biasa la agaknya......Keje Gomen la katakan...


Pas bertugas di dalam kawasan Parlimen
(bahagian hadapan)

Pas bertugas di dalam kawasan parlimen
(bahagian belakang)

Para pegawai menumpukan perhatian terhadap televisyen bagi mendengar soalan yang diajukan oleh pihak pembangkang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan


Keadaan di dalam bilik pegawai bertugas yang penuh dengan wakil dari jabatan-jabatan DBKL

Teringat Masa Zaman Bebudak 'U' Dulu

Tengah tak buat apa2 tadi saje la dok explore komputer aku yang dah nak lingkup ni...Tetiba terjumpa lak gambar kenangan zaman jadi budak U dulu hehehehe...


Fakulti yang ku cintai (Fakulti Kej. Awam)

Ikan Tongsan yang di bawa naik dari tasik Bukit Cerakah (7.5kg)

Bergambar kenangan sejurus selepas berjaya menaikkan tongsan

Member2 seangkatan masa buat barberque di rumah bebudak pompuan.

Cewek2 manis sekelas dulu.(hampir semua dah kawen hehehe..)


Dream team batch Mei 2001

Berbincang strategi team

Fakulti ku yang berjasa..

Hai...... bile di ingat2 bestneyr masa blaja kat U dulu..........

Kemeriahan Raya 2008 Di Melaka

Atuk & Wan Irfan

Bergambar ditangga rumah bersama seisi keluarga

irfan panas bersama mama,baju raya dibuka.
Tapi tetap mantain cute

Bersama atuk irfan

Tua dan muda sama excited di pagi raya


Baby irfan posing dengan baju melayu raya







Kursus Kenegaraan - Biro Tatanegara,Pontian Johor

7hB Ogos 2008-11 Ogos 2008 lalu aku dan beberapa kakitangan telah dipilih oleh pihak pentadbiran DBKL untuk menghadiri kursus kenegaraan biro tatanegara yang diwajibkan kepada semua kakitangan kerajaan yang telah mendapat jawatan tetap. Bagi 'mengesahkan jawatan' di dalam mana-mana badan kerajaan, kami diwajibkan menghadiri kursus ini..

Pengisian utama kursus ini adalah untuk mendedahkan para penjawat awam tentang sejarah negara Malaysia dan menanam sifat cintakan negara. Selain itu melalui kursus ini, mereka juga menekankan perjanjian yang dilakukan antara Tunku Abd Rahman dan wakil dari kaum Cina dan India iaitu Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan ketika mereka ingin memerdekakan tanah melayu ataupun dipanggil 'Kontrak Sosial'.Kursus ini memang patut sangat diadakan bagi membuka mata kaum-kaum yang lain mengenai latar belakang pembentukan malaysia terutama sekali kaum india dan cina.

Masa memula dapat panggilan kene gi BTN ni takut gak. Ye la orang dok cakap kursus BTN ni dok tocher peserta ala-ala tentera. Tapi bila dah hadiri kursus ni, ternyata semua tu meleset. Sebab modul kenegeraan ni lebih kepada pengetahuan tentang negara je dan program diadakan adalah sangat friendly dan enjoy.....;-)



Antara kakitangan DBKL yang menghadiri kursus BTN di Pontian, Johor (Bergambar di hadapan kem, Kompleks Usahawan)


Keadaan dalam Kompleks Usahawan, tempat akiviti dijalankan

Bergambar dengan ahli kumpulan ketika aktiviti KEMBARA

'Free style' sebagai kenangan bersama ahli kumpulan yang sesama kami berkenalan hanya dalam tempoh 3 hari

Alhamdullilah semuanya selamat

Tanggal 19 Julai 2008 adalah hari yang paling bersejarah bagi ku kerana akau telah menjadi seorang bapa..Isteriku selamat melahirkan seorang anak lelaki pada jam 10.45 malam di HUKM.Puteraku diberi nama Muhammad Khalif Irfan . Walaupun isteriku terpaksa melahirkan baby dengan menggunakan 'forceps' tapi alhamdullilah semuanya selamat.....AMIN ..

Muhammad Khalif Irfan nama diberi (hari kelahiran)


Nyenyak dibuai mimpi (umur 2 hari)

setelah 4 hari dilahirkan

Pay & Display Caotic..!!

Sistem Pay n Display

Mulai 16 Jun 2008.. akan berlaku perubahan dalam kaedah membayar caj tempat kereta disekitar kuala lumpur..kalau dahulu k.l guna meter parking tepi jalan, tapi kini ..DBKL finally dah imposed new system..sebenarnya sistem ni dah lama ada kat PBT lain...cuma kat K.L ni jer yang lambat sket...namun setelah bermacam-macam halangan yang berlaku untuk sekian lama..akhirnya jadi gak sistem ni dilaksanakan (itupun setelah selama bertahun2 cadangan ini di interfere oleh 'mereka yang berkepentingan' )

Seperti yang diduga selepas press release yang dilakukan oleh Datuk Bandar (DB) semalam, ...hari ni the true color of reporter shows. Ada yang just memberi liputan yang sekadar sebagai makluman awam...dan banyak juga yang mengutuk langkah DBKL mengimplimentasikan sistem ini. Geram jugak biler baca informasi yang ditulis oleh beberapa reporter yang sengaja mengeluarkan statement provokasi dengan fakta yang salah sama sekali!!!


Provokasi pihak media...!


Ada ke patut di tuduh kadar caj parking bagi sistem baru yang bakal dilaksanakan ni naik!!! Walhal masa press release tu DB dah terang2 mention yang kadarnya adalah masih ditahap lama..cuma mesin dan konsep pembayarannya saja yang ditukar..Cuma yang bertambah adalah masa ianya beroperasi (7.30pagi hingga 10.00malam) sebelum ini masa operasinya ialah 7.30pagi hingga 6.00ptg. Lagi satu perubahannya ialah kalau dulu ,cuti umum dan cuti am dikecualikan tapi skang tiap hari beroperasi tak kira cuti apa sekalipun...

Apa rasionalnya syarat-syarat baru ni?

1. kerajaan ingin mengurangkan atau menghapuskan terus penjaga petak kereta haram yang bermaharajalela sebelum ini.terdapat banyak kes dimana kereta milik public di calarkan atau di 'dajalkan' kerena tidak mahu membayar kepada mereka.

2.waktu dilanjutkan kerana didapati banyak pemilik pub telah mengenakan caj yang tinggi dengan melaksanakan car jokey..walhal petak tu DBKL yang punye dan kadarnya lebih rendah..

3.kerajaan nak discourage public menggunakan kenderaan persendirian ke pusat bandar dan encourage public menggunakan public transport

4. dari segi pengurusan, pihak DBKL dapat mengetahui berapa kutian sebenar bagi sehari kerana sistem data yang dapat menunjukan jumlah sebenar.ianya juga dapat memberi amaran kepda sistem sekiranya mesin tersebut rosak ditapak.sekaligus ianya dapat diperbaiki dengan kadar respond time yang lebih cepat.

5.memberi imej baru yang lebih kemas dan teratur sesuai dengan misi DBKL yang mahukan bandaraya kita bertaraf dunia menjelang 2020.

Antara soalan2 yang kerap ditanya serta jawapannya:

kenapa sampai malam?

bagi mengelakan pengutip caj letak kereta haram mengambil alih kutipan selepas waktu kutipan resmi..publik jugak yg komplain..

kenapa perlu ada kutipan..?? free tak boleh ke?

kita perlu menerima hakikat apa saja perkhidmatan yg kita perlukan perlu di bayar.. pihak PBT tidak mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan.. bayaran yg di kenakan cukup sekadar memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian warga kota dan pihak PBT menyediakan kemudahan letak kereta yg selesa..

boleh ke bayar tempat lain pakir tempat lain?

sila kan tak ada masaalah sekiranya baki tempuh pakir masih valid boleh le beralih di pakir tempat lain utk urusan lain..kan menjimatkan tu..sama ke caj yg di kenakan di seluruh kawasan KL.?tak sama .. di pusat bandar 80 sen di luar pusat bandar 50 sen je..utk satu jam.. dan anda boleh mempakir kereta utk tempuh maksimum 3 jam.. kalau perlu urusan seharian atau sebagainya.. di nasihatkan pakir di tempat2 pakir yg menyediakan kemudahan per entri.. atau kena tambah le setiap 3 jam..

WoRk TeNsIOn..!

gambar hanyalah hiasan semata-mata



'mamat' ni punye hal la wat aku tension


kalo cakap pasal tension keje mana ada keje (yang betul-betul keje) yang tak tension tul tak??..tapi last 2 weeks memang wat aku rasa malas je nak gi keje sebab bannyyak sangat keje nak ene wat...smalam petang afer work tak balik umah sebab kene jumpe konraktor kat site sebab ada prob...lapas tu terus gi site lain lak sekitar vistana hotel dan hospitak tawakal nak tengot sistem untuk projek yang aku jaga ni dah siap dipasang ke belum....nak kene amik gambar kat site....sampai umah dah kul 12 malam...nak tido tak leh sebab dok risau pasal arini ada press confrence oleh Big-big bos aku untuk announce kat public psala projek aku ni akan mula digunakan oleh public pada 16hb ni....

pagi-pagi lagi dah dok kalut wat paper (info utk pojek aku ni)untuk back-up my boss kalo press tanyer lebih2....tgh2 kaut tu ada la 2..3 perkara aku tak buat...masa confrence lak..press tanya soalam yang bos aku takleh jawab.....sebabnya aku tak provide kat dia......last2 lepas dah setle semua apa lagi....aku pun dibambu oleh bos....rasa useless je wat keje teruk dari semalam..last2 outcome dia kene bambu....down sket la at that time...

tapi pikir2 balik ada hikmahnyer...at least aku lebiih well organise in my future project to be handle ..silap aku gak tak ada perancangan......hopefully lepas ni aku dapat catch up with the rest of my project work sebab mende will be going untill end of august.....need to try my very best.....chaiok..chaiok
(esok cabaran akan terus mendatang.......tunggu je la apa yang bakal kluar dalam paper esok about my project ni.....)