Sistem Pay n Display

Mulai 16 Jun 2008.. akan berlaku perubahan dalam kaedah membayar caj tempat kereta disekitar kuala lumpur..kalau dahulu k.l guna meter parking tepi jalan, tapi kini ..DBKL finally dah imposed new system..sebenarnya sistem ni dah lama ada kat PBT lain...cuma kat K.L ni jer yang lambat sket...namun setelah bermacam-macam halangan yang berlaku untuk sekian lama..akhirnya jadi gak sistem ni dilaksanakan (itupun setelah selama bertahun2 cadangan ini di interfere oleh 'mereka yang berkepentingan' )

Seperti yang diduga selepas press release yang dilakukan oleh Datuk Bandar (DB) semalam, ...hari ni the true color of reporter shows. Ada yang just memberi liputan yang sekadar sebagai makluman awam...dan banyak juga yang mengutuk langkah DBKL mengimplimentasikan sistem ini. Geram jugak biler baca informasi yang ditulis oleh beberapa reporter yang sengaja mengeluarkan statement provokasi dengan fakta yang salah sama sekali!!!


Provokasi pihak media...!


Ada ke patut di tuduh kadar caj parking bagi sistem baru yang bakal dilaksanakan ni naik!!! Walhal masa press release tu DB dah terang2 mention yang kadarnya adalah masih ditahap lama..cuma mesin dan konsep pembayarannya saja yang ditukar..Cuma yang bertambah adalah masa ianya beroperasi (7.30pagi hingga 10.00malam) sebelum ini masa operasinya ialah 7.30pagi hingga 6.00ptg. Lagi satu perubahannya ialah kalau dulu ,cuti umum dan cuti am dikecualikan tapi skang tiap hari beroperasi tak kira cuti apa sekalipun...

Apa rasionalnya syarat-syarat baru ni?

1. kerajaan ingin mengurangkan atau menghapuskan terus penjaga petak kereta haram yang bermaharajalela sebelum ini.terdapat banyak kes dimana kereta milik public di calarkan atau di 'dajalkan' kerena tidak mahu membayar kepada mereka.

2.waktu dilanjutkan kerana didapati banyak pemilik pub telah mengenakan caj yang tinggi dengan melaksanakan car jokey..walhal petak tu DBKL yang punye dan kadarnya lebih rendah..

3.kerajaan nak discourage public menggunakan kenderaan persendirian ke pusat bandar dan encourage public menggunakan public transport

4. dari segi pengurusan, pihak DBKL dapat mengetahui berapa kutian sebenar bagi sehari kerana sistem data yang dapat menunjukan jumlah sebenar.ianya juga dapat memberi amaran kepda sistem sekiranya mesin tersebut rosak ditapak.sekaligus ianya dapat diperbaiki dengan kadar respond time yang lebih cepat.

5.memberi imej baru yang lebih kemas dan teratur sesuai dengan misi DBKL yang mahukan bandaraya kita bertaraf dunia menjelang 2020.

Antara soalan2 yang kerap ditanya serta jawapannya:

kenapa sampai malam?

bagi mengelakan pengutip caj letak kereta haram mengambil alih kutipan selepas waktu kutipan resmi..publik jugak yg komplain..

kenapa perlu ada kutipan..?? free tak boleh ke?

kita perlu menerima hakikat apa saja perkhidmatan yg kita perlukan perlu di bayar.. pihak PBT tidak mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan.. bayaran yg di kenakan cukup sekadar memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian warga kota dan pihak PBT menyediakan kemudahan letak kereta yg selesa..

boleh ke bayar tempat lain pakir tempat lain?

sila kan tak ada masaalah sekiranya baki tempuh pakir masih valid boleh le beralih di pakir tempat lain utk urusan lain..kan menjimatkan tu..sama ke caj yg di kenakan di seluruh kawasan KL.?tak sama .. di pusat bandar 80 sen di luar pusat bandar 50 sen je..utk satu jam.. dan anda boleh mempakir kereta utk tempuh maksimum 3 jam.. kalau perlu urusan seharian atau sebagainya.. di nasihatkan pakir di tempat2 pakir yg menyediakan kemudahan per entri.. atau kena tambah le setiap 3 jam..